Kenapa Videografi Kahwin Mahal? Jawapan Paling Jujur & Cara Elak Kena Scam

Let’s be real — bila pasangan dengar harga videografi RM2,500 ke atas:

“Lahh… mahalnya, bukan shoot & edit je ke?”

Tapi kalau anda tahu apa yang sebenarnya berlaku selepas majlis, you’d understand: videografi bukan kerja tekan REC, balik siap esok.

Dan kalau harga terlalu murah, berkemungkinan besar bukan rezeki — tapi risiko.


Apa Yang Anda Sebenarnya Bayar?

Nak bantu korang plan bajet kahwin tanpa kena tipu, ni kita pecahkan terus:

Kos Peralatan Yang Digunakan

Total: ~RM220 untuk wear & tear setiap job.

Masa & Skil Yang Anda Tak Nampak

Katalah shoot 1 hari full wedding:

Jumlah Kos Yang Masuk Akal

Dan itu harga standard bagi solo videographer freelance yang buat semua sendiri, bukan syarikat besar.

Tapi Kan… Edit Video Tu Tak Lama Ke?

Credit to Lobster066 @ Reddit

Ni example editing timeline

Let’s clarify: editing bukan “drop in music & siap”.

Dalam masa 15 jam tu:

  1. Sort & pilih moment penting (akad, tangisan, first look)

  2. Sync audio & music yang fit mood

  3. Cut & pacing ikut flow cerita cinta korang

  4. Warna kena ngam — bukan pucat macam CCTV, bukan oversaturated macam filter TikTok

  5. Transitions, text, slow-mo, semua kena halus

  6. Export, upload, backup

Nak hasil cinematic? Kena orang yang faham concept cinematic, bukan laju dan malas.

Apa Solution Kalau Nak Elak Kena Scam?

1. Pilih Vendor Yang Ada Tanggungjawab — Macam Detikanta

\Ramai vendor di luar sana, tapi bukan semua jujur dan profesional.

Kalau anda nak team yang beretika dan telus, consider Detikanta (yes, that’s us ✋😄).

Apa beza kami?

Kontrak dengan T&C yang adil — bukan berat sebelah

50% deposit + 50% lepas video siap — bukan semua sapu awal

Jumpa atau call dulu sebelum majlis — bukan setuju by DM je

Kami treat anda macam client sebenar — bukan nombor dalam spreadsheet


Kalau anda rasa selesa dengan cara kerja kami — DM atau email saja. Kami terbuka nak explain lagi.

Alamak Terkena..Ini Tindakan Yang Anda Boleh Ambil

jangan jadi macam mamat stress ni

Kalau anda dah bayar, tapi videographer lesap atau tak deliver — jangan duk diam.

1. Hantar Surat Tuntutan (Letter of Demand)

Langkah pertama:

🖨️ Tulis Letter of Demand (LOD) — nyatakan nama vendor, berapa yang anda dah bayar, apa janji mereka, dan bila tarikh akhir anda mahu mereka respon.

✔ Sertakan resit, screenshot, perjanjian WhatsApp, bukti pembayaran.

Contoh ayat:

“Saya menuntut bayaran semula sebanyak RM1,500 dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini…”

2. Failkan Kes di Mahkamah Tuntutan Kecil (Small Claims Court)

Kalau vendor tak respond — proceed ke:

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau

Mahkamah Tuntutan Kecil (untuk tuntutan bawah RM5,000)


✔ Kos filing sangat rendah (RM5–RM20)

✔ Tak perlu lawyer

✔ Boleh selesai dalam 2–3 bulan



Info lanjut boleh didapati sini

Lagi Langkah Untuk Lindungi Diri

  • Google nama vendor – tengok reviews

  • Jangan bayar penuh upfront – 50/50 lebih selamat

  • Mintak T&C bertulis – even WhatsApp pun boleh sahkan niat

  • Tengok hasil kerja mereka sebelum ni – jangan terpedaya dengan 1 video viral

  • Jumpa atau Zoom call dulu – tengok vibe, tengok cara mereka jawab soalan


Kesimpulan

Wedding anda patut jadi memori yang bahagia — bukan jadi kisah trauma pasal vendor hilang.

Buat pilihan bijak. Faham harga. Tahu hak. Simpan bukti.

Dan kalau anda nak vendor yang ready to treat you like a real client — you know where to find us.


WAIT…Korang dah khawin ke? CHECK OUT THE LINKS

  1. https://s.shopee.com.my/6VC4XHX6rm - bagi couple yang romantic, pasti ada ni. boleh buat pre dan post wedding dgn kami, then play sini

  2. https://s.shopee.com.my/2fzLyk3lwr - Utk korang yang suka Vlog, bawak ni masa honeymoon!

  3. https://s.shopee.com.my/AUiDJR68lq - yang beli link no 2 ni jangan lupa beli ni

❤️ Detikanta — Your Story, Done Right.

Previous
Previous

Sony FX2 untuk Videographer Malaysia – Berbaloi Tak Untuk Beli 2025?

Next
Next

Use Photos and Videos to Make Your Brand Stand Out